Siakap Keli
Gambar Via Google

Main Tinggal Ja, Berikut Jawapan Saintifik Mengapa Ada Yang Tinggalkan Troli Beli Belah Di Merata Tempat

Perbuatan meninggalkan troli membeli belah bukan di tempatnya sering dapat dilihat berlaku. Walaupun perbuatan itu bukanlah seteruk aktiviti-aktiviti jenayah, namun ianya turut memberi kesan kepada pelbagai pihak.

Pun begitu, perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai kerapuhan etika dalam struktur sosial yang memperlihatkan sesetengah individu yang tidak prihatin terhadap orang lain dengan gagal mengembalikan semula troli ke tempat yang sebetulnya.

Menariknya, wujud penjelasan  mengenai sikap yang tidak gemar mengembalikan troli barangan tersebut.

Menurut Mental Floss, terdapat beberapa alasan yang munasabah menjelaskan mengapa pembeli mengelak daripada mengembalikan troli tersebut.

Mereka mungkin mempunyai anak kecil dan mempunyai fizikal yang terhad. Ada juga kemungkinan bahawa kereta mereka jauh, cuaca buruk dan mereka percaya bahawa ia adalah tugas pekerja pasaraya untuk mengambil kembali troli itu.

Menurut Krystal D’Costa yang menulis artikel berkaitan isu ini di dalam portal Scientific American, mengembalikan troli mungkin didorong oleh tekanan sosial iaitu mereka mungkin takut jika dipandang serong oleh orang lain.

Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Science pada 2008 juga menjelaskan bahawa sesetengah orang mungkin lebih cenderung untuk mengabaikan perintah sosial jika persekitaran mereka sememangnya menunjukkan tanda-tanda pengabaian.

Dalam satu kajian lain, para pengkaji menjalankan ujian risalah di tempat meletak kenderaan yang mempunyai troli yang tersusun dan bersepah pada waktu yang berasingan.

58 peratus orang membuang risalah tersebut apabila troli diletakkan di mana-mana berbanding 30 peratus apabila troli tersebut dijaga.

Contoh sosial sememangnya sangat berpengaruh. Apabila ramai yang mengembalikan troli maka lebih ramai akan melakukan sedemikian.

Sumber: Mental Floss

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa