Siakap Keli

Pelakon Noorkhiriah Wakafkan MPV Jadi Van Jenazah, Percuma Untuk Yang Memerlukan

Siapa yang tidak mengenali pelakon Noorkhiriah yang memegang watak Aisyah dalam drama kegilaan ramai ‘Nur’. Aksi beliau dilayar perak sentiasa mendapat perhatian umum sejak mula masuk ke dalam industri seni sejak 1999.

Berdiri teguh dalam industri sejak lebih dua dekad lalu pasti mempunyai ramai peminat yang mengikuti dirinya. Penghijrahan beliau sebelum ini juga disambut dengan respon yang positif dari peminatnya. Dapat dilihat perubahan pada diri Noorkhiriah melalui perkongsian di laman sosial beliau dan berjaya memberi inspirasi kepada ramai muslimah di luar.

Baru-baru ini, melalui posting di laman Instagram Noorkhiriah, beliau telah mengubah kereta MPV miliknya menjadi van jenazah.

“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan #vanjenazah”

NoorKhiriah juga mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan van jenazah disamping menyediakan perkhidmatan percuma.

“InsyaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak bagitahu. Terima kasih juga pada yang menyumbang” tambah beliau.

Melalui kemaskini yang berasingan NoorKhiriah memohon doa orang ramai agar usaha ini dipermudahkan. Tambah beliau, walapun hidupnya tidak mewah namun beliau merasakan perlu meninggalkan sesuatu untuk kemudahan orang ramai sebelum beliau menutup mata.

”Mohon doakan Akak. Bohong Akak cakap kalau tak takut van jenazah.  Akak tak kaya, tapi sebelum meninggal Akak nak tinggalkan sesuatu buat semua.

”Setakat cerita dekat tv tu jangan kira. Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita istiqamah dalam perjuangan diri sendiri” katanya.

Semoga usaha beliau dirahmati Allah.

Sumber: NoorKhiriah

 

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.