Siakap Keli

Penduduk Temui Rangka Manusia Di Tangki Septik, Turut Ditemukan Juga Syiling Tahun 1815

Seorang warga dilaporkan telah menemukan 1 rangka manusia ketika di sebuah tangki septik di rumahnya di Kampung Cigorowong, Kabupaten Bagor, Jawa Barat.

Dia turut menemukan beberapa barangan antik yang lain bersama-sama dengan rangka manusia tersebut. Seperti cincin, syiling tahun 1815 dan lain-lain.

Apa yang lebih mengejutkan, ketika dia menemui rangka manusia tersebut dia sedang menggali untuk membuat tangki septik yang baharu di belakang di rumahnya. Kedalaman tangki septik kira-kira 3.5 meter.

Bahagian penemuan rangka manusia yang di temui ialah tulang, kepala, kaki, tangan, jari dan tulang belakang. Walaupun, terdapat beberapa bukti, sehingga kini polis masih belum mendapatkan petunjuk mengenai penemuan rangka manusia tersebut.

Sumber: Kompas.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa