Siakap Keli

PKPB Masih Berjalan, Kelab Malam Belum Boleh Dibuka – Ismail Sabri

Kelab malam antara tempat yang masih lagi belum dibenarkan beroperasi semula, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kelab malam, tidak boleh.

“Masih lagi tidak ada kebenaran untuk kelab malam buka.

“Mana yang buka itu dianggap sebagai melanggar undang-undang dan peraturan.

“Jadi saya harap pihak polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera untuk memastikan kelab-kelab malam tersebut ditutup kerana melanggar akta dan undang-undang yang telah pun kita keluarkan,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Ismail berkata sedemikian setelah menjawab persoalan wartawan yang mengatakan terdapat beberapa kelab malam telah mula mengiklankan pembukaan operasi mereka melalui media sosial.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke-29.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.