Siakap Keli

Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di DTSI Putrajaya

Terdapat satu kluster baharu dilaporkan, iaitu di Depoh Tahanan Sementara Imigresen (DTSI) Putrajaya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Berdasarkan jadual Kluster Depot Tahanan Imigresen yang dikeluarkan, terdapat 97 sampel yang telah diambil di depoh tahanan tersebut.

Didapati dua kes daripadanya disahkan positif dan ia kedua-duanya merupakan warga asing.

Manakala 54 kes lagi menunjukkan keputusan negatif, sementara 41 kes masih menunggu keputusan ujian saringan.

Sementara itu, KKM turut menjelaskan, hanya DTI Semenyih sahaja melibatkan kes positif seorang warganegara tempatan, manakala DTI/DTSI lain kesemuanya adalah warga asing.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.