Siakap Keli
Kredit: Stance Grounded

(Video) “Aku Takut, Aku Takut”, Remaja Berkulit Hitam Diacu Pistol Hanya Kerana Didakwa Langgar Papan Tanda Berhenti

Kisah diskriminasi terhadap individu berkulit hitam di Amerika Syarikat sering mendapat perhatian warga dunia. Frasa ‘Black Lives Matter’ sering menjadi sebutan apabila timbul kes-kes baharu melibatkan diskriminasi terhadap golongan berkenaan.

Bukan sahaja sering dianggap penjenayah, golongan ini didakwa menerima layanan yang berbeza dari sebahagian pihak berkuasa disana. Video-video pihak polis mengacukan senjata api terhadap individu berkulit hitam atas ‘kesalahan’ yang didakwa tidak jelas sering mendapat perhatian dan mencetus kemarahan orang ramai di Internet.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Stance Grounded memuatnaik sebuah video berdurasi 2.18 minit memaparkan seorang remaja berkulit hitam yang ketakutan berhadapan sepasukan pihak polis lengkap bersenjata. Ujarnya, kesalahan lelaki itu hanyalah melanggar papan tanda berhenti.

Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat meniarap dengan tangan di belakang sebagai tanda menyerah diri kepada pihak polis, namun anggota polis tetap menghalakan pistol ke arahnya.

“Aku takut. Aku takut. Kalian halakan pistol kepadaku,” laungnya sambil menangis.

Seorang wanita yang berada berhampiran turut meminta pihak polis agar menurunkan senjata mereka.

“Dia takut, kalian halakan senjata kepadanya. Dia berkulit hitam. Kalian tak lihat berapa ramai orang berkulit gelap ditembak?

“Kerana warna kulit kami dihukum. Kami dihukum. Kami dihukum!” laung wanita itu, meminta polis meletakkan senjata.

Tidak lama selepas itu, nenek kepada remaja berkenaan tampil untuk melindungi cucunya yang kemudiannya ditahan pasukan berkenaan.

Tindakan anggota polis berkenaan mendapat kecaman dari pelbagai pihak dengan caranya mengendalikan penahanan tersebut.

Bukankah mereka patut keluarkan saman untuk kesalahan itu? Kenapa perlu hingga 6 pegawai dengan senjata api?

Keistimewaan kulit putih/White Privilege

“Saya wanita berkulit putih ditahan kerana langgar tanda berhenti. Ia tak memerlukan 6 pegawai polis. Dia meminta lesen dan ID kerana saya beritahu saya lewat ke kerja. Dia beritahu saya supaya lebih berhati-hati ketika memandu.”

Tak dapat bayangkan 5 lelaki bersenjata halakan senjata api kepada seorang lelaki tak bersenjata yang meniarap di atas tanah

Menurut CNN, pihak polis mendakwa Tye Anders, 21 memandu dalam keadaan mencurigakan pada 16 Mei lalu. Mereka turut memuatnaik video rakaman kamera dashboard kenderaan peronda dan kamera pada badan petugas berdurasi 36 minit.

Sumber: Stance Grounded, CNN

Amira

Love yourself.