Siakap Keli

8 “Contents” Sepatutnya Ada Dalam Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam memohon mana-mana tempat kerja, perkara wajib yang kita perlu sediakan adalah resume.

Sesetengahnya pula memerlukan Curriculum Vitae (CV) sebagai rujukan yang lebih terperinci mengenai diri kita.

Tapi adakah anda tahu, kebanyakan permohonan kerja sering ditolak oleh pihak sumber manusia (HR) hanya kerana kesilapan yang ada dalam resume?

Realiti ini dibahaskan oleh seorang warga Twitter, Freaky Putra tentang tips menyediakan resume yang sempurna dan tepat seperti apa yang syarikat mahukan.

Jom baca bebenang ini satu persatu.

Ok guys, let’s start.

Ada sesetengah calon meletakkan gambar pasport mereka dalam resume.

Ia tidak menjadi kesalahan untuk letakkannya ataupun tidak.

Cuma, ada yang berpendapat, lebih baik jangan letak supaya syarikat tidak terlalu menilai dari segi rupa pada peringkat awal.

Perkara WAJIB yang perlu ada dalam resume

Penulis pernah terbaca, risiko meletak maklumat tarikh lahir atau umur dalam resume adalah dibimbangi akan berlaku diskriminasi kelayakan berdasarkan peringkat umur.

Sebagai contoh, sebuah syarikat IT memerlukan pekerja berpengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang tersebut.

Ada dua orang calon yang bersaing, iaitu calon A berumur 30 tahun, bukan lulusan IT dan hanya berpengalaman ‘tipis’ kerja dalam bidang IT selama dua tahun (mungkin dalam skop kerja yang mudah, bukan profesional).

Manakala seorang lagi, calon B berumur 25 tahun, lulusan graduan bidang IT dan telah mula bekerja di sektor IT dalam bahagian profesional sejak tamat belajar pada tiga tahun lalu.

Kalau ditapis secara kasar hanya melalui umur (semata-mata), nampaknya calon A kelihatan lebih berpengalaman kerana faktor usia sedangkan yang lebih tepat adalah calon B.

Online presence ini penting kerana pihak syarikat akan melihat terus hasil kerja kita, bukan sekadar menilai daripada resume dan temuduga semata-mata.

Ada calon yang nampak gah dalam resume, juga kelihatan bergaya dan petah berkata-kata ketika temuduga, tetapi tidak semestinya hasil kerjanya ‘seiring’ dengan apa yang dia katakan.

Sebab itu segala portfolio perlu disediakan secukupnya untuk membuktikan pada syarikat bahawa kita memang layak bekerja di situ, sekiranya bertepatan dengan kehendaknya.

Selain itu, penulis pernah terbaca, satu lagi online presence adalah media sosial kita; Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Ada syarikat yang akan menilai bagaimana peribadi kita dalam media sosial melalui apa yang kita tulis, kongsi, gambar yang dimuat naik, penggunaan bahasa dan sebagainya.

Pengalaman kerja juga penting kerana syarikat akan menilai awal, sejauh mana pengetahuan kita dalam satu-satu kerja itu.

Umum mengetahui, pada zaman kini, pengalaman kerja lebih dipandang berbanding taraf pendidikan.

Tapi seperti kata Freaky Putra, pastikan letak pengalaman kerja yang berkaitan sahaja.

Bagi calon fresh graduate, lagi cantik kalau calon itu berpeluang menjalani latihan industri dalam bidangnya sendiri, serta selari dengan bidang kerja yang dimohon.

Mungkin agak banyak pengalaman yang ditimbanya sepanjang sesi tersebut, sekaligus terus boleh diamalikan dalam kerjayanya di syarikat itu.

Calon perlu jelas dengan matlamatnya sendiri; waktu bila untuk dia mula bekerja di syarikat tersebut.

Meletakkan anggaran (jika boleh masa yang tepat) boleh mula bekerja di resume sangat membantu untuk syarikat menetapkan tempoh bersedia.

Boleh sahaja letak dua atau tiga senarai rujukan yang dipercayai.

Pesanan buat calon yang bakal bekerja,

“Jaga relationship dengan boss masa kerja. Tak perlu jadi kaki bodek, buat sahaja kerja elok-elok,”

Perkara TIDAK WAJIB ada dalam resume

Salah satu tips yang penulis pernah dapat mengenai expected salary adalah calon kena ambil tahu kadar gaji semasa bagi sektor-sektor tersebut.

Selain itu, perbezaan jumlah gaji juga mengikut tingkatan kerja.

Calon wajib study terlebih dahulu, berapa anggaran gaji untuk pekerja bagi peringkat lulusan sarjana muda sepertinya.

Jika calon itu merupakan graduan lulusan komunikasi penyiaran dan hobi pula adalah suka merakam serta menyunting video, maka ia sangat sesuai untuk diletakkan dalam resume.

Syarikat akan lebih yakin untuk terima mereka bekerja kerana sudah tahu, calon itu mampu mengaplikasikan hobinya sendiri ke dalam tugasan kerja yang diberi.

Sebab itu ketika di universiti, siswa amat digalakkan untuk menjadi seorang yang aktif; sama ada terlibat dengan kepimpinan persatuan mahupun aktif menyertai pelbagai program sebegai peserta.

Semua penglibatan tersebut amat bernilai dan membantu membentuk multi tasking serta pengalaman siswa.

Ringkaskan kembali, terdapat lapan (8) perkara wajib ada dalam resume, iaitu:

  1. Maklumat kontak
  2. Pengenalan diri
  3. Pengalaman bekerja
  4. Kemahiran berkaitan industri
  5. Latar belakang pendidikan
  6. Pengalaman bekerja
  7. Pencapaian
  8. Sumber rujukan

Seterusnya, terdapat lima (5) perkara yang tidak wajib ada dalam resume, tapi jika ada ia mungkin membantu, iaitu:

  1. Gambar
  2. Gaji anggaran
  3. Maklumat fizikal
  4. Hobi / minat
  5. Aktiviti

Sudah jelaskan?

Sila perkemaskan semula resume anda, mana tahu selepas pergi temuduga, anda adalah calon yang mereka cari?

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.