Siakap Keli

Balai Polis Lunas Luah Rasa Kecewa, Batu Penghadang Sekat Jalan Dialih Individu Tak Bertanggungjawab

Biarpun hampir tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan sejak 18 Mac lalu, pihak petugas barisan hadapan (frontliner) masih lagi kekal setia berkhidmat siang dan malam tanpa jemu.

Pihak kerajaan dalam urus tadbirnya, pasukan kesihatan dengan rawatannya, manakala pihak berkuasa pula dengan kawalannya.

Masing-masing bertungkus-lumus menjalankan tugas masing-masing demi memastikan negara ini akan pulih dari wabak COVID-19 satu hari nanti.

Menyentuh berkenaan kawalan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menguatkuasakan arahan larangan rentas sempadan negeri bagi mengelakkan virus tersebar dengan lebih luas.

Pihak polis melalui arahan tersebut bertindak menjalankan sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di semua sempadan negeri-negeri di seluruh negara.

Pelbagai usaha yang dilaksanakan termasuk membuat penghadang jalan di laluan sempadan negeri di kawasan luar bandar, namun terdapat segelintir individu tidak bertanggunggjawab merosakkannya pula.

Isu ini dikongsikan oleh halaman Facebook Balai Polis Lunas hari ini, di mana penghadang sempadan di satu lokasi di Kedah telah dialihkan oleh mereka yang berdegil sehingga mendatangkan kekecewaan di pihak KPB Lunas.

Mari baca kenyataan penuh tersebut.

Berikut adalah beberapa keping gambar di lokasi kejadian:

Penghadang jalan di sempadan yang telah dialihkan. Gambar: Facebook
Penghadang jalan di sempadan yang telah dialihkan. Gambar: Facebook
Penghadang jalan di sempadan yang telah dialihkan. Gambar: Facebook
Penghadang jalan di sempadan yang telah dialihkan. Gambar: Facebook

Semoga individu tidak bertanggungjawab tersebut berani tampil membuat permohonan maaf kerana sikap degilnya serta menambah beban pihak polis.

Terima kasih pihak polis dan frontliner yang lain atas usaha anda menjaga keselamatan dan nyawa kami semua.

Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan anda.

Sumber: FB Balai Polis Lunas

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'