Siakap Keli
Gambar via Google

Beritahu Nak Ajar Tunggang Motosikal, Kanak-Kanak 12 Tahun Didakwa Diperkosa Oleh Bakal Bapa Tiri

Seorang banduan yang dibebaskan sempena program asimilasi wabak Covid-19 dilaporkan telah ditangkap semula oleh pihak polis Indonesia kerana didakwa melakukan jenayah yang sama.

Banduan yang berusia 51 tahun itu didakwa telah melakukan jenayah seksual dengan memperkosa kanak-kanak di bawah umur.

Lelaki yang berasal daripada Dusun Rowo Agung, Desa Demuk, Indonesia itu dikatakan baru sahaja dibebaskan selama 2 bulan.

Lelaki itu telah ditangkap semula kerana didakwa telah memperkosa seorang pelajar sekolah yang berusia 12 tahun.

Menurut portal Tribun, pelajar sekolah yang diperkosa itu adalah merupakan anak kepada bakal isterinya.

Terdahulu, suspek telah dibebaskan daripada penjara Tulungagung pada 4 April 2020 yang lalu.

Dia pernah dijatuhi hukuman penjara selama 7 tahun kerana didakwa melakukan persetubuhan dengan kanak-kanak.

Kini, dia dilaporkan telah ditangkap semula atas kes yang sama.

Suspek dilaporkan telah berjaya ditahan di sebuah rumah sewa yang terletak di Desa Plosokandang, daerah Sumbergempol.

Menurut Ketua Polis daerah Tulungagung, Iptu Retno Pujiarsih, sejurus selepas suspek dibebaskan daripada penjara, dia telah berkenalan dengan seorang ibu tunggal.

Mereka dikatakan telah bercinta dan bersepakat untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Namun gara-gara tercetusnya wabak pandemik Covid-19, niat mereka itu terpaksa ditangguhkan.

“Kerana tidak dapat bernikah, suspek telah tinggal di rumah ibu mangsa yang terletak di daerah Ngunut,” ujar Retno.

Menurut Tribun, oleh kerana mereka ini tinggal serumah bersama sebelum sah bergelar suami isteri, mereka telah diusir oleh penduduk tempatan.

Suspek bersama bakal isterinya serta mangsa kemudiannya memutuskan untuk pindah dan tinggal bersama di sebuah rumah sewa yang terletak di kawasan berhampiran.

Pun begitu, mereka telah diusir dari rumah sewa tersebut sekali lagi atas sebab yang sama.

“Akhirnya mereka telah memutuskan untuk berpindah ke sebuah rumah sewa yang dihuni suspek  di Desa Plosokandang”, tambah Retno.

Suspek didakwa telah merogol anak bakal isterinya itu sebanyak 5 kali dari awal April 2020 sehingga 17 Mei 2020.

Difahamkan, suspek mula melakukan perbuatan tersebut ketika dia masih tinggal di rumah bakal isterinya itu.

Pada ketika itu, suspek telah memberitahu kepada bakal isterinya bahawa dia mahu membawa mangsa keluar untuk mengajar mangsa menunggang motorsikal.

Sebaliknya mangsa telah didakwa dibawa ke rumah sewa yang dihuninya di Desa Plosokandang lalu merogolnya.

“Mangsa kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya. Sejurus selepas itu, mereka terus melaporkan kepada pihak polis”, kata Retno.

Suspek kini telah berjaya ditahan dan dilaporkan sedang berada di bilik tahanan Ibu Pejabat Polis Tulungagung sebelum dibicarakan.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa