Siakap Keli
rusuhan amerika
Kredit: Stance Grounded/Courier Journal

Dipercayai Terpisah Dari Pasukannya, Polis Anti-Rusuhan Ini Dilindungi Sekumpulan Perusuh Dari Jadi Mangsa Serangan Yang Lain

Protes di Amerika Syarikat (AS) terhadap kekejaman beberapa anggota polis ke atas seorang lelaki berkulit hitam pada 25 Mei lalu semakin serius.

Susulan itu, kerajaan terpaksa mengumumkan darurat di beberapa bandar termasuk mengenakan lockdown terhadap White House berikutan kumpulan penunjuk perasaan mula berkumpul di hadapan bangunan itu.

Kenyataan Presiden Amerika yang menyifatkan penunjuk perasaan sebagai ‘samseng’ membuatkan orang ramai menjadi marah, malah ciapannya turut diberi label amaran oleh Twitter kerana dipercayai memberi gambaran akan menggunakan keganasan terhadap peserta.

“Samseng-samseng ini tidak menghormati memori George Floyd dan saya tak akan benarkan ia berlaku. Baru sahaja bercakap dengan Gabenor Tim Walz dan memberitahunya bahawa tentera sentiasa bersamanya. Sebarang kesulitan dan kami akan terus berkawal, tetapi bila serbuan bermula, tembakan bermula. Terima kasih,” tulis Trump.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi gambar kumpulan ‘samseng’ melindungi seorang anggota polis yang terpisah dari pasukannya.

“Ketika polis berkasar, menembak gas pemedih mata, menyembur bahan kimia dan menembak peluru getah kepada penunjuk perasaan secara aman, polis ini terpisah dari skuad dan ‘samseng-samseng’ ini melindunginya.

“Sekarang beritahu saya siapa samseng sebenar?” tulis Stance Grounded di Twitter miliknya.

Peristiwa ini berlaku ketika protes di Louisville, di mana penunjuk perasaan membela kematian Breonna Taylor, seorang wanita berkulit hitam yang maut ditembak polis.

Menurut portal Courier Journal, pasukan polis di sana dengan sengaja menumpahkan susu yang dibawa penunjuk perasaan sebagai persediaan mereka jika terkena gas pemedih mata.

“Ia bermula selepas 7.30 pm di Jefferson Square ketika penunjuk perasaan berdemonstrasi bagi pihak Breonna Taylor, wanita berkulit hitam tidak bersenjata yang ditembak mati oleh Jabatan Polis Metro Louisville pada Mac.

Ketika ratusan orang ramai menghalang jalan Jefferson dan Sixth, sebuah trak kelabu Ford dengan siren memecut di selekoh, naik ke atas rumput dan hampir melanggar beberapa orang termasuk seorang wartawan.

Dua lelaki bertopeng dengan pakaian biasa keluar dan mula menghempas susu dan air ke atas tanah.”

“Gambaran terhadap lelaki berkulit hitam perlu diubah. Gambaran yang salah mengenai lelaki berkulit hitam melalui media menyumbang kepada kematian mereka.

“Ini punca Travon Martin, Tamir Rice tak lagi hidup hari ini!” tulis pemilik Twitter berkenaan.

Kenyataannya disokong ramai yang lain.

Media selalu paparkan orang berkulit hitam sebagai penjahat

Bukan kali pertama berlaku

“Seorang remaja, Keshia Thomas selamatkan lelaki dengan tatu SS.”

SS merupakan simbol yang digunakan penyokong white supremacy dan Nazi.

Mereka sanggup bahayakan diri sendiri untuk seorang ‘musuh’, sebab mereka tahu di sebalik uniform, dia sama seperti mereka.

Mereka melayannya dengan cara layanan yang mereka harapkan.

Lelaki itu patut ingat kejadian ini seluruh hidupnya

Mereka lakukan apa yang ramai polis gagal lakukan, lindungi dan berkhidmat

Kematian George Floyd

Isnin lalu, seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd disahkan meninggal dunia setelah lehernya ditindih seorang polis berkulit putih, Derek Chauvin.

Rakaman video yang tular menunjukkan Derek menekan leher George dengan lututnya biarpun mangsa merayu, memberitahu dia tidak dapat bernafas.

Setelah beberapa minit dilutut, George tidak sedarkan diri, namun Derek dilaporkan terus menekan leher lelaki berkenaan selama kira-kira dua minit dan hanya berhenti setelah paramedik tiba.

Kematian George membuatkan orang ramai bangkit bersolidariti atas layanan diskriminasi terhadap individu berkulit hitam di negara berkenaan. Beberapa kes serupa pernah berlaku melibatkan diskriminasi terhadap individu berkulit hitam sebelum ini, malah kematian akibat ditembak melibatkan individu berkulit hitam adalah dua kali lebih tinggi berbanding individu kulit putih walaupun populasi mereka jauh lebih kecil di Amerika.

Sumber: Stance Grounded, Forbes, Courier Journal

Amira

Love yourself.