Siakap Keli
Gambar: Rozmiza Rozman

“Dulu Nak Makan Apa Pun Bersukat”, Dari Jual Burger, Suami Isteri Kini Hidup Selesa Berkat Sedekah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Ramai usahawan dan hartawan yang berkongsi rahsia yang sama di sebalik kejayaan mereka yakni bersedekah.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah abang dan kakak iparnya daripada hidup susah di awal perkahwinan mereka kepada lebih baik, salah satunya kerana sedekah. Lebih tepat lagi, sikap mereka yang bekerja keras dan bermurah hati terhadap keluarga dan jiran tetangga.

Menurut Rozmiza Rozman, biarpun pada awal perkahwinan mereka perlu banyak berjimat, kini mereka mampu hidup selesa dan membantu orang lain yang memerlukan. Malah, perkahwinan mereka suatu ketika dahulu hanya menggunakan belanja yang kecil dengan hantaran RM2,000 dan mas kahwin bernilai RM22.50 sahaja.

Kisah perjalanan pasangan ini dikongsikan Rozmiza melalui bebenang di Twitter. Jom baca.

Majlis jimat, keluarga masak sendiri untuk jamuan

Kongsi Rozmiza, abang dan kakak iparnya banyak berjimat ketika pertunangan hinggalah majlis perkahwinan mereka. Bukan sahaja baju kahwin ditempah pada harga murah, malah keluarga pengantin perempuan memasak sendiri untuk jamuan makan-makan.

Video, gambar, ambil guna telefon sahaja

Ujar Rozmiza, abang dan kakak iparnya tidak menggunakan khidmat jurugambar dan hanya menggunakan telefon pintar untuk mengambil video serta gambar kenangan. Mereka juga menggubah sendiri hantaran dan hanya membuat satu majlis (pihak perempuan) kerana kekangan kewangan.

Gaji pokok RM800

Tambah Rozmiza lagi, abangnya yang bekerja di bahagian pemasaran mempunyai gaji pokok RM800. Berasa gajinya tidak berbaloi, dia memutuskan untuk berhenti kerja dan berniaga burger di tepi jalan.

“Isteri pertama, kedua papa mama”

Biarpun penuh penat lelah, kata Rozmiza, abangnya tetap mengutamakan sedekah pada isteri diikuti ibu bapa mereka (pernah dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini).

“Susah mana pun, percaya dalam isteri kamu ada rezeki. Papa mama kedua, aku bujang cuba buat yang terbaik, kamu pastikan bagi isteri, lepas tu papa mama, insyaAllah murah rezeki.”

Berniaga macam-macam

Nak makan apa pun bersukat, tapi tetap bersedekah

Walaupun diri sendiri hidup ala kadar, mereka tidak lokek bersedekah jualan burger RM500 kepada seorang pakcik yang kerosakan kereta. Sejak itu, perniagaan mereka semakin baik.

Pusing flat cari orang susah

Tambah Rozmiza, kakak iparnya juga sangat bermurah hati. Dia sering mencari orang susah di sekitar flat untuk membantu mereka, terutamanya setelah ramai hilang pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

“Aku pernah tak ada apa,” katanya.

Susah senang bersama, ambil stok naik motosikal

Sanggup bersusah senang bersama, mereka mengangkut stok tudung dari Jalan TAR ke Shah Alam hanya menggunakan motosikal.

Hidup ini untuk melengkapi

Pesannya, hidup ini untuk saling melengkapi dan menghargai pasangan masing-masing.

Hantaran bukan gaji seumur hidup

Ujar Rozmiza, abangnya sering membantu kerja-kerja rumah bagi memudahkan isterinya.

Perempuan kalau dia nak, dia permudahkan. Lelaki kalau dia nak, dia usahakan

Sumber: Rozmiza Rozman

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.