Siakap Keli
zon hijau
Kredit: The Sun/Google

Hanya Terengganu, Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau COVID-19 Setakat 30 Mei- KKM

Putrajaya, 31 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya tiga buah negeri kekal status sebagai zon hijauĀ  COVID-19 iaitu Terengganu, Perlis dan Pulau Pinang setakat 30 Mei.

Dalam kemaskini terbaru KKM di laman Twitter, kementerian mengesahkan terdapat kes terbaru di Perak melibatkan daerah Kinta.

“Hanya Terengganu, Perlis dan Pulau Pinang masih kekal negeri zon hijau. Perak rekod satu kes baharu di daerah Kinta.”

Sementara itu, dua daerah dilaporkan kekal zon merah di Selangor dan Negeri Sembilan manakala tiga zon masih merah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan zon merah sebanyak lima zon dan 137 zon hijau.

“Dua daerah kekal zon merah ialah Hulu Langat dan Rembau. Tiga zon di KL kategori zon merah – Bukit Jalil, ibu kota dan Pudu,” tulis KKM di Twitter.

Zon merah merupakan kawasan yang mempunyai 41 kes dan ke atas manakala zon hijau menandakan tiada kes COVID-19 direkodkan di daerah atau zon tersebut.

Sebanyak 1,317 kes aktif dengan kebolehjangkitan direkodkan di Malaysia setakat 12 tengah hari semalam.

zon hijau
Sumber: KKM
zon hijau
Sumber: KKM

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.