Siakap Keli

Kita Takkan Tutup Pintu Untuk Mereka Selama-lamanya, Bagi Masa Untuk Kerajaan Bincang- Menteri

Nasib golongan bujang untuk pulang ke kampung halaman setelah lama terpisah dengan keluarga akan diketahui dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah mula berbincang dari semasa ke semasa mengenai beberapa kelonggaran termasuklah kehendak golongan bujang untuk pulang ke pangkuan keluarga.

“Jadi yang bujang yang rindukan kampung halaman ini beri masa kepada kita untuk kita bincangkan bila mereka boleh memulakan perjalanan nanti.

“Jadi InsyaAllah kita tidak akan tutup pintu untuk mereka selama-lamanya.

“InsyaAllah kita akan beri peluang juga, beri kita masa untuk berbincang dulu ya,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 31.20.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.