Siakap Keli

Sudah ‘Offer’ Tapi Tiada Seorang Pun PATI Yang Keluar- Menteri

Tawaran saringan COVID-19 untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mempunyai dokumen sah telah tamat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tawaran tersebut telah diumumkan kerajaan sejak awal dahulu, ekoran timbul isu PATI positif COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya sendiri sewaktu sidang akhbar (sebelum ini) membuat pengumuman mereka dibenarkan walaupun tanpa dokumen untuk membuat saringan.

“Tetapi, tidak ada PATI yang keluar ketika itu dan seterusnya.

“Jadi, tawaran untuk memeriksa mereka tanpa dokumen itu kita kira telah pun tamat,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP, hari ini.

Jelas Ismail, tindakan Jabatan Imigresen untuk mencari dan menangkap PATI tersebut adalah berjalan seperti biasa.

Bagi PATI yang ditangkap, akan disaring dahulu sebelum dihantar ke pusat rawatan sementara MAEPS sekiranya disahkan positif, manakala bagi yang negatif pula akan dihantar ke negara asal.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 24.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'