Siakap Keli

Tiga Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Pahang

Terdapat tiga kluster baharu dikesan di Pahang, melibatkan sebuah ladang di Bera, kilang papan di Maran dan sebuah syarikat pembinaan di Maran.

Merujuk jadual Laporan Kluster COVID-19 Yang Aktif Di Malaysia, terdapat tujuh (7) kes di ladang di Bera, enam (6) kes di kilang papan di Maran dan dua (2) kes di syarikat pembinaan di Maran.

Kesemua kes yang dikesan di ketiga-tiga kluster baharu tersebut adalah merupakan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster yang dikesan tersebut adalah sebahagian daripada tindakan Pejabat Kesihatan menjalankan pensampelan secara rawak.

“Jadi kita adakan pensampelan, kita dapati ada yang positif.

“Dan yang positif itu terus kita laksanakan tindakan active case detection, mana yang positif kita asingkan, mana yang negatif kita akan kuarantinkan untuk tempoh 14 hari,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan wartawan mengenai bagaimana jangkitan tersebut boleh berlaku di ketiga-tiga kawasan tersebut yang berada di luar bandar.

Dalam pada itu, tiga lagi kluster sedia ada yang mencatat kes baharu adalah di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Kampung Sungai Lui dan Pudu.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.