Siakap Keli
Gambar: Zaobao

Tinggal Rumah Tidak Berkunci, Wanita Terkejut Ada Lelaki Tidak Dikenali Mandi Di Dalam Rumahnya

Seorang ibu bersama anaknya terkejut selepas mendapati bahawa ada seorang lelaki asing sedang leka mandi di tandas rumahnya yang terletak di flat kediamannya di Singapura sejurus selepas mereka pulang ke rumah.

Menurut portal Mothership, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 28 Mac 2020 yang lalu.

Pada awalnya, ibu yang berusia 27 tahun itu telah keluar bersama dengan anaknya untuk makan malam.

Dia kemudiannya telah mematikan semua suis elektrik di rumahnya lalu meninggalkan rumahnya itu sambil tidak dikunci pada sekitar jam 7.15 malam.

Ketika mereka berada di luar, seorang lelaki berusia 51 tahun yang berjalan melewati flat mereka menyedari bahawa rumah tersebut tidak ada orang.

Lelaki itu kemudiannya telah dipercayai bertindak membuat perancangan untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

Pada mulanya, dia telah mengalihkan kamera CCTV yang terletak di luar rumah wanita itu dan kemudiannya membuka pintu depan.

Semasa dia mula melangkah masuk ke rumah wanita itu, dia telah menemui satu lagi kamera CCTV di yang diletakkan di bahagian dalam.

Dia telah mengetuk kamera tersebut sehingga kamera itu terjatuh ke bawah.

Dia kemudiannya telah bergegas ke tandas untuk mandi sambil menggunakan seluar anak perempuan kepada wanita tersebut sebagai tuala.

Pada kira-kira pukul 10.30 malam, wanita itu dan anaknya telah pulang ke rumah tersebut.

Semasa memasuki rumahnya, wanita terbabit terus menyedari bahawa lampu bilik mandi telah dihidupkan walhal sebelum dia keluar tadi dia telah menutup semua suis di rumahnya.

Ketika dia menghampiri tandas berkenaan, dia telah ternampak lelaki itu sedang mengeringkan rambutnya menggunakan seluar anaknya.

Dengan terkejutnya, dia menjerit, “Siapa kau?”

Lelaki tersebut turut dilaporkan terkejut sambil menyatakan, “Tidak!” lalu berlari keluar dari rumah itu.

Wanita berkenaan kemudiannya terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan perkara tersebut.

Walaupun CCTV dan komputer riba di rumahnya telah dialihkan, namun tidak ada sebarang barang berharga yang hilang dilaporkan.

Pihak polis kemudiannya berjaya mengenal pasti lelaki berkenaan dan dilaporkan telah menangkapnya pada 1 April lalu.

Lelaki tersebut yang juga didapati merupakan bekas banduan, telah didakwa di mahkamah pada 27 Mei dan dijatuhi hukuman penjara lima bulan akibat daripada insiden itu.

Sumber: Mothership

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa