Siakap Keli

Ustaz Ebit Lew Sebak, Pak Aq Kedah Insan Yang Pernah Dibantunya Dulu Meninggal Dunia

Salah satu perkara menyedihkan yang terpaksa kita terima adalah orang yang kita pernah bantu dahulu, telah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.

Begitulah situasi yang sedang dirasai oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew pagi ini apabila dikhabarkan bahawa Pak Aq Kedah, insan warga emas yang pernah disantuninya dahulu telah meninggal dunia.

Mari baca perkongsian sayu ini.

Pak Aq yang terlantar sakit ketika disantuni Ustaz Ebit Lew sebelum ini. Gambar: Facebook

Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Baru dapat berita Pak Aq Kedah meninggal dunia pagi ini. Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama.

Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu.

Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik.

“Sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu.” – Ustaz Ebit Lew. Gambar: Facebook

Sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru.

Saya cakap padanya mungkin esok lusa kita dah tiada. Baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan.

Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team.

Terima kasih penduduk setempat dan AJK masjid, JKKK dan semua yang membantu menguruskan pengkebumian Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.

Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq..

Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jenazah beliau.

Allah jagakan keluarganya-ebitlew

Semoga roh arwah Pak Aq Kedah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru dapat berita Pak Aq Kedah meninggal dunia pagi ini. Banyak…

Posted by Ebit Lew on Saturday, 30 May 2020

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.