Siakap Keli

Abang Kelar Leher Adik Lepas Dapat Tahu Bercinta Dengan Lelaki 45 Tahun

Seorang gadis berusia 16 tahun maut dikelar di leher oleh dua orang abang kandungnya dipercayai untuk memberi pengajaran kepada mangsa yang bercinta dengan seorang lelaki berusia 45 tahun.

Kejadian tragis ini berlaku di sebuah kampung di Tompobulu, Kabupaten Bantaeng, Sulawesi Selatan.

Memetik daripada Daily Mail, suspek mengaku bahawa mereka melakukan perkara tersebut dalam keadaan marah dan malu apabila mendakwa mangsa telah melakukan hubungan sulit bersama saudara yang mempunyai pertalian darah yang berusia 45 tahun tersebut.

Bagaimanapun, keluarga mangsa telah memaksa lelaki tersebut untuk bertanggungjawab dan menikahi mangsa namun ditolak dan lelaki tersebut melarikan diri.

Menurut saksi, mangsa telah diheret sebelum dikelar. Seorang anggota keluarga tersebut telah menahan darah yang menitik ke lantai rumah untuk mereka dan melakukan ritual mistikĀ  sambil membakar kemenyan di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, pihak Polis Pattaneteang telah berjaya menangkap tujuh ahli keluarga wanita yang terkorban itu dan telah didakwa sebagai pembunuhan kejam dan tindakan syariah dikenakan keatas keluarga itu yang melanggar kepatuhan undang-undang Islam di negara tersebut.

Sumber: Daily mail, Tribunews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang