Siakap Keli
Gambar Via google (kiri), Twitter Dr. Amalina (kanan)

“Beri Ganjaran Pada Diri,” Dr Amalina Kongsi 5 Tips Elak ‘Delay’ Ketika Belajar

Wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan ramai pelajar tidak kira di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi terpaksa belajar dari rumah. Pun begitu, pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar terutamanya bagi sikap sendiri yang gemar melengahkan masa.

Justeru daripada itu, Dr. Amalina Bakri menerusi akaun Twitternya ada berkongsikan tentang tips untuk tidak melengah-lengahkan kerja dan kekal fokus belajar secara atas talian di rumah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti bebenang yang ditulis olehnya seperti berikut:

Menurutnya, perkara pertama yang perlu dibuat untuk mengelakkan daripada berlengah supaya kekal fokus belajar secara atas talian di rumah adalah dengan mematikan sebarang gajet serta menjauhi sosial media untuk seketika. Selain daripada itu juga, anda juga digalakkan untuk tetapkan had masa skrin pada telefon dan tablet anda.

Perkara kedua pula, tetapkan matlamat harian dan matlamat jangka panjang anda. Rancang jadual waktu anda dan tetapkan tarikh akhirnya. Perkara ketiga pula, Hadiahkan diri anda berehat selepas anda telah berjaya mencapai matlamat anda. Keempat pula, kerja secara berkumpulan bersama rakan anda secara atas talian bagi meningkatkan motivasi diri anda.

Terakhirnya pula, beritahu matlamat anda kepada rakan-rakan anda supaya mereka boleh mengingatkan anda untuk tidak melengah-lengahkannya.

Dalam pada itu, Dr Amalina Bakri juga turut mengucapkan selamat maju jaya dan memberi kata-kata semangat kepada semua pelajar yang terpaksa membiasakan diri dengan normal baharu ini.

Sumber: Dr Amalina bakri

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa