Siakap Keli
Gambar: BBC

Dua Tahun Terpisah, Keluarga Ini Bertemu Semula Dengan Bapanya Lepas Ternampak Dalam Video TikTok

Satu video TikTok yang sebenarnya dibuat bagi memberi galakkan kepada orang ramai untuk membantu golongan miskin telah membantu seorang lelaki bersatu semula bersama keluarganya.

R Venkateshwarlu yang telah hilang sejak dua tahun yang lalu dilihat di dalam video yang dirakam di bawah jambatan sejauh 2,000km dari rumahnya di Telangana.

Seorang rakan memaklumkan kepada keluarga lelaki itu dan menghubungi pihak polis di negeri utara Punjab untuk membantu menyatukan mereka.

“Saya menangis ketika pertama kali melihatnya,” kata anak lelakinya kepada BBC Telegu.

Gambar:BBC

Menurut BBC, lelaki itu yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan tinggal di negeri selatan Telangana. Dia mempunyai seorang isteri dan lima anak yang bekerja sebagai buruh.

Mengingat kembali detik kehilangan bapanya, R Peddiraju berkata bahawa bapanya pergi ke kampung lain untuk bekerja dengan menaiki trak pada bulan April 2018.

“Bapa saya tertidur dan pemandu trak tidak tahu bahawa dia ada disitu. Beberapa kilometer kemudian, pemandu menyedari bapa saya berada di dalam trak dan menurunkannya di tengah jalan dan meninggalkannya di sana,” katanya.

Bersendirian di jalan yang tidak dikenali, lelaki itu seterusnya menemui sebuah lagi trak lain yang sanggup menumpangkannya. Beberapa jam selepas itu dia mula menyedari bahawa kenderaan itu bergerak ke arah bertentangan.

Gambar:BBC

Pemandu trak itu menurunkannya di Ludhiana iaitu sebuah bandar perindustrian yang jauh dari negeri utara Punjab. Dia akhirnya hidup dengan sumbangan makanan dari penduduk tempatan.

Dua tahun selepas kejadian itu, dia bernasib baik kerana ditemukan dengan seorang konstabel polis Punjab, Ajaib Singh yang mengelilingi Ludhiana untuk menyumbangkan makanan dan barangan keperluan kepada orang miskin dan pekerja migran semenjak India menguatkuasakan perintah berkurung.

Beliau sering merakamkan aktiviti bantuannya itu dan dimuatnaik di dalam TikTok.

Gambar:BBC

Dalam salah satu video yang dimuatnaik oleh Ajaib pada Mac lalu, beliau dilihat mengagihkan makanan kepada orang-orang di jambatan termasuk Venkateshwarlu.

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa