Siakap Keli

JHEAI Pulau Pinang Perkenal Temuduga Khas Ganti Kursus Pra Perkahwinan

GEORGE TOWN, 1 Jun  — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan mengadakan temuduga khas bagi menggantikan kursus pra perkahwinan Islam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan enam bulan pasca PKPB.

Pengarahnya Zulkifli Long berkata permohonan untuk temuduga khas itu boleh dibuat di Pejabat Agama Daerah bermula 5 Jun ini.

“Setiap pemohon diberikan buku sama seperti kursus pra perkahwinan Islam dan ketika temuduga mereka akan ditanya soalan berdasarkan buku itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Pemohon atau bakal pengantin dari negeri lain dan berasal dari Pulau Pinang boleh menggunakan keputusan temuduga khas itu untuk melangsungkan akad nikah di mana-mana tempat di seluruh negara.

Pemohon boleh menghubungi Pejabat Agama Daerah Timur Laut di talian 04-2612976/011-11442317, Barat Daya (04-8668525/011-3777363), Seberang Perai Utara (04-5751182/011-55347577), Seberang Perai Tengah (04-5386451/019-4162611) dan Seberang Perai Selatan (04-5821001/013-9243767).

Sumber: Bernama

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)