Siakap Keli
Gambar: Bernama

Perak, Selangor Dan Pulau Pinang Negeri Tertinggi Pengeluaran Kompaun Kerana Cubaan Rentas Negeri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perak, Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan pengeluaran kompaun tertinggi atas kesalahan cubaan merentas negeri.

Menurutnya, Perak adalah negeri yang paling tinggi dikeluarkan kompaun iaitu sebanyak 40 kompaun, diikuti dengan Selangor sebanyak 29 kompaun manakala Pulau Pinang pula sebanyak 23 kompaun.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengingatkan kepada orang awam bahawa rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali alasan yang dibenarkan dan menasihatkan supaya mematuhi arahan serta SOP yang dikeluarkan kerajaan.

“Jadi, sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua supaya mematuihi SOP dan sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali dengan 4 alasan yang telah saya sebutkan iaitu kecemasan, kematian, kerja, dan juga melibatkan pasangan yang berpisah. Selain daripada itu, tidak ada kebenaran untuk mereka, untuk rentas negeri”, tegasnya.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa