Siakap Keli
Gambar: Bernama

Sultan Selangor Bertitah Penangguhan Solat Jumaat, Solat 5 Waktu Dilanjutkan Sehingga 30 Jun

Sultan Selangor telah menitahkan bahawa penangguhan solat Jumaat dan solat 5 waktu di masjid dan surau seluruh Selangor untuk orang awam dilanjutkan sehingga 30 Jun.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, larangan yang dikeluarkan pada sebelum ini berkuatkuasa sehingga 31 Mei 2020 sahaja.

Pun begitu, kerana bimbang dengan risiko jangkitan jika kawalan dilonggarkan, Baginda telah memutuskan agar tempoh larangan  bagi mengerjakan Solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid-masjid dan surau-surau dilanjutkan sehingga 30 Jun 2020.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti kenyataan media yang dikongsikan melalui akaun Facebook Jabatan Agama Islam Selangor seperti berikut:

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa