Siakap Keli
Gambar Via Google

(Video) Pemandu Ditahan Cuba Pandu Trak Melalui ‘Himpunan’ Penunjuk Perasaan

Satu video yang menyaksikan sebuah trak yang cuba untuk ‘melalui’ laluan penunjuk perasaan di Minneapolis pada Ahad lalu telah tular di media sosial.

Pegawai memaklumkan bahawa pemandu trak tersebut telah ditahan dan dibawa ke pusat perubatan setempat dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Memandu dengan laju, rakaman menunjukkan bahawa trak tangki tersebut menghampiri orang ramai yang sedang berkerumun sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengelak dari trak tersebut.

Trak tersebut berhenti dengan perlahan-lahan dan dikelilingi oleh penunjuk perasaan yang cuba membuka pintu trak itu. The State Police berkata bahawa tidak berlaku sebarang kecederaan.

CBS Minnesota melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 5,000 penunjuk perasaan yang berada di situ pada waktu itu.

Mereka melakukan tunjuk perasaan dan berarak bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kematian George Floyd dan mereka mengambil posisi untuk berlutut di jambatan.

Sumber: CBS News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa