Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kepatuhan SOP Oleh Warganegara Adalah Faktor Penurunan Kes Baharu – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya kini berdepan dengan cabaran baru susulan daripada peningkatan kes Covid-19 yang melibatkan bukan warganegara.

“Antara cabarannya untuk seiringkan kepatuhan SOP antara warganegara dan bukan warganegara.”

Menurut ciapan yang dikongsikan melalui akaun Twitter KKM, kebanyakan mereka yang didapati positif ini rata-ratanya merupakan pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan dan kilang.

Dalam ciapan yang berikutnya, KKM telah menyatakan bahawa faktor penurunan kes baharu yang direkodkan adalah hasil daripada kepatuhan SOP semua rakyat tempatan.

“Berbeza dengan kes baharu bukan warganegara yg terus meningkat kerana mereka tidak patuh SOP. Mereka hanya patuh SOP di tempat kerja tapi tidak di tempat penginapan”

Justeru daripada itu, KKM menyeru kepada semua majikan supaya memberi kerjasama dalam memastikan penjarakan sosial di tempat penginapan dipatuhi.

Dalam pada itu juga, KKM memaklumkan bahawa kes yang dikesan di depoh tahanan adalah terkawal dan pertambahan kes baru yang dilaporkan kebelakangan ini adalah hasil pemeriksaan yang dibuat secara menyeluruh oleh KKM.

Mereka yang ditahan di dalam depoh tahanan dilaporkan sedang dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal mereka termasuk tahanan yang telah sembuh selepas dirawat di Pusat Kuarantin.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa