Siakap Keli

Kes Covid-19 Di Indonesia Kini Cecah 27,549 Dengan 1,663 Kematian

JAKARTA, 2 Jun  – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27,549 dengan angka korban akibat jangkitan virus itu kini berjumlah 1,663 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 609 tambahan kes positif baharu manakala sebanyak 22 lagi kematian berlaku.

“Ketika ini juga, seramai 13,213 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 518 kes diikuti Jawa Timur (418 kes), Jawa Barat (151) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber: Bernama

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.