Siakap Keli

KPKT Sedia Timbang Bekukan Lesen Penjualan Arak

Gambar: BERNAMA

TELUK INTAN, 2 Jun — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia menimbang cadangan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penjualan arak berikutan sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan untuk membekukan lesen perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

“Bidang kuasa panduan ia termasuk dalam bidang PBT juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini.

“Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad hoc, …kerajaan harus memikirkan masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di sini, hari ini.

Zuraida berkata pada masa ini, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang meneliti beberapa perkara berkaitan isu penjualan arak yang perlu ditangani dari segi undang-undang penguatkuasaan dan hukuman yang perlu dikaji semula.

Baru-baru ini, semakin banyak berlaku kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.

— BERNAMA

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.