Siakap Keli
Gambar: Al-Jazeera

Lima Kematian Akibat Wabak Ebola Terbaru Di Congo, Lapor UNICEF

United Nations Children’s Fund (UNICEF) melaporkan bahawa terdapat lima orang termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun telah meninggal dunia dalam kes wabak Ebola terbaru di Republik Demokratik Kongo dengan sembilan kes secara keseluruhannya telah dilaporkan, lapor CNN.

“Empat orang tambahan telah dijangkiti virus tersebut. Semua kenalan mangsa termasuk anak dari salah satu kes kematian telah dirawat di dalam unit pengasingan di Hospital Wangata di Mbandaka.

“Kematian berlaku di antara 18 dan 30 Mei namun mereka hanya disahkan menghidap Ebola pada 31 Mei lalu,” kata UNICEF dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus memuatnaik satu ciapan mengenai enam kes Ebola yang telah dilaporkan di Mbandaka, di wilayah Equateur barat laut negara itu.

Ini adalah wabak ke-11 yang berpotensi ‘melumpuhkan’ negara tersebut dengan disebarkan melalui cairan tubuh dan mempunyai kadar kematian antara 25% dan 90% bergantung kepada wabak tersebut.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa