Siakap Keli
Gambar: MKN

PKPB: SOP Perkhidmatan Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Akan Dibentangkan Sabtu Ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa SOP jualan pasar malam dan perkhidmatan kedai gunting rambut akan dibentangkan pada hari Sabtu ini.

Menurutnya pelbagai perkara yang akan dibentangkan pada mesyuarat Sabtu ini.

“SOP tentang kedai gunting rambut & salun kecantikan difahamkan telah pun siap, tapi kita minta bentang pada hari Sabtu akan datang untuk mesyuarat seterusnya.”

Menurutnya lagi, SOP pasar malam dan pekan sehari juga turut akan dibentangkan susulan daripada mendapat permintaan ramai berkenaan pembukaan semula sektor terbabit.

“Kita belum tengok dari segi SOP mereka, kita minta dibentangkan MKN pada hari Sabtu akan datang ini”, ujarnya.

Tambahnya lagi, segala SOP akan diteliti dengan lebih mendalam sebelum ianya dipersetujui.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa