Siakap Keli
Members of California National Guard stand guard outside the City Hall, Sunday, May 31, 2020, in Los Angeles. The National Guard is patrolling Los Angeles as the city begins cleaning up following a night of violent protests against police brutality. The demonstration Saturday night was sparked by the death of George Floyd, a black man who was killed in police custody in Minneapolis on May 25. (AP Photo/Ringo H.W. Chiu)

Protes ‘George Flyod’ Semakin Parah, Washington Umum ‘Lockdown’ Dua Hari Bermula Malam Ini

Perintah Berkurung atau ‘lockdown’ telah dikuatkuasakan bermula malam ini di  ibu negara Amerika Syarikat (AS) Washington selama dua hari.

Datuk Bandar, Muriel Bowser mengumumkan perkara berkenaan susulan rusuhan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang semakin memuncak disebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd pada Isnin lalu.

Sebelum itu, pada Jumaat White House mengumumkan perintah berkurung pada Jumaat malam selepas penunjuk perasaan mula berkumpul di luar pintu masuk sambil melaungkan slogan menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Di dalam kejadian Isnin (25 Mei 2020), George Floyd, 46, maut selepas seorang pegawai polis kulit putih Derek Chauvin menggunakan kekerasan ketika menahan mangsa.

Rakaman video yang tular dan menimbulkan kemarahan ramai apabila Chauvin dilihat menekan lututnya di leher mangsa walaupun Floyd berulang kali merayu dengan mengatakan “tolong saya tidak boleh bernafas”.

Sumber: CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)