Siakap Keli
Sumber Foto : KKM

TERKINI: Kes Kematian Kekal Sifar Hari Ini Dengan Hanya 20 Kes Positif Baharu

Sehingga 2 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 20 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,292 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Sehingga kini, seramai enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Justeru itu, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

Sumber: Sidang media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)