Siakap Keli

(Video) Tergantung Hampir 2 Minit, Budak Dipakaikan Tali Pengikat Keselamatan ‘Diseret’ Di Pintu Lif

Seorang kanak-kanak di China berjaya diselamatkan selepas tergantung selama hampir 2 minit di dalam sebuah lif di bandar Daye, Hubei, China.

Rakaman yang memaparkan kanak-kanak itu sedang tergantung berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV yang terdapat di dalam lif terbabit.

Menurut laman web People’s Daily China, insiden itu mula berlaku selepas kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke dalam lif secara sendirian dengan tali yang terikat di pergelangan tangannya. Belum sempat pengasuhnya itu masuk, lif tersebut telah tertutup dengan sendirinya.

Susulan daripada itu, kanak-kanak tersebut telah ditarik sehingga ke bahagian atas pintu lif berkenaan sehingga menyebabkannya tergantung selama hampir 2 minit.

Lif tersebut yang telah bergerak menyebabkan kanak-kanak itu ditarik naik ke bahagian atas lif tersebut. Insiden itu menyebabkan kanak-kanak itu tergantung hampir 2 minit di situ.

Mujur lif itu berhenti selepas mengesan pergerakan yang luar biasa didalamnya. Selepas mode kecemasan diaktifkan, lif tersebut berhenti dan mula naik, membolehkan kanak-kanak itu kembali berdiri seperti biasa.

Dia kemudiannya diselamatkan oleh pasukan penyelenggaraan bangunan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: NDTV

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa