Siakap Keli

(Video) Wanita ‘Korbankan’ Tubuhnya Dihempap Pintu Kaca Untuk Kurangkan Risiko Kecederaan Kepada Budak

Satu rakaman mendebarkan yang dipercayai berlaku di China memaparkan seorang wanita yang sanggup berkorban bagi membantu kanak-kanak daripada pintu kaca yang tiba-tiba terjatuh.

Menerusi video yang dimuat naik oleh South China Morning Post (SCMP), wanita itu memberitahu kanak-kanak yang tidak dikenalinya  tersebut agar tidak menyentuh pintu itu.

Beberapa saat selepas itu, pintu tersebut tiba-tiba terjatuh  dan dia cuba untuk menahannya dengan menggunakan tangan namun pintu itu terus menghempapnya dan menyebabkan wanita itu terperangkap  di bawahnya bersama salah seorang kanak-kanak.

Wanita yang bernama Jiang Yan itu menyelamatkan kanak-kanak perempuan tersebut yang hanya mengalami kesan luka biasa.

“Saya tidak berfikir apa-apa selain untuk menyelamatkan mereka dengan naluri keibuaan,” katanya.

Dia kemudian dimasukkan ke dalam hospital dan dibenarkan discaj 12 hari selepas kejadian tersebut.

Sumber: SCMP

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa