Siakap Keli

Bayi Malang Malang Cukup Sifat Dipercayai Dibuang Ditemui Di Sungai Di Indonesia

Seorang mayat bayi malang berusia tujuh bulan ditemui hanyut di sebuah sungai di Malang, Indonesia baru-baru ini.

Ketua Polis Bahagian (Kapolsek), AKP Triwik Winarni turut mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut yang dilaporkan ditemui di Sungai Metro, Desa Kebon Agung, Kecamatan Pakisaji, Malang pada Isnin lalu, sekitar pukul 11 pagi.

“Ya benar, ia ditemukan. Usia dalam anggaran tujuh bulan.

“Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan terlentang dibawa arus sungai,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini, memetik laporan Kompas.com.

Gambar: Facebook

Jelas Triwik, mayat bayi itu mula dijumpai oleh seorang penduduk yang sedang memancing di sungai itu.

“Dia melihat bayi itu tidak berpakaian, lalu dia terus tidak mengendahkannya.

“Lalu saksi yang menemukan bayi itu melaporkan kepada penduduk setempat.

“Maka penduduk pun berduyun-duyun menuju ke lokasi berkenaan untuk melihat sendiri penemuan tersebut sebelum diadukan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Gambar: Facebook

Menurutnya, mayat bayi itu telah dibawa ke hospital Saiful Anwar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Punca kes masih dalam siasatan,” ujarnya setakat ini.

Mula tular di media sosial

Lantaran itu, beberapa keping gambar yang dirakam mulai tular di beberapa media sosial sebelum ini hingga mendatangkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan.

Salah seorang netizen Indonesia, Dhevie Quratula’yun turut berkongsi gambar-gambar tersebut beserta luahan hatinya yang berasa sedih akan nasib bayi malang tersebut.

 

Semasa buka Facebook, terus ada orang share gambar begini, terus dadaku sakit dan tidak perasan air mata tumpah di pipi.

Kenapa (mereka) begitu mudah ya Allah membuang janin yang tidak berdosa ini dengan sengaja seperti membuang haiwan sahaja.

Ada ramai lagi pasangan suami isteri yang sudah bernikah tetapi belum direzekikan untuk mengandung, tapi mereka yang sudah hamil sia-siakan pula (bayi).

Apa yang akan kamu katakan sekiranya di akhirat nanti Allah bertanya bayi ini meninggal kerana apa? Kamu mahu jawab apa?

Gambar: Facebook

Tolonglah untuk kam dan kalian yang muda-mudi, hendak (bersifat) nakal boleh tapi jangan sampai kenakalanmu akan menyesatkanmu dan membuatmu menyesal di kemudian hari.

Ingat, anak-anak (bayi) yang kalian tidak inginkan itu adalah daripada kesalahan kalian sendiri, tolonglah kalau kalian hamil di luar nikah, jangan sampai terfikir untuk membunuh atau membuangnya dengan sengaja.

Mereka berhak bahagia juga..

Gambar: Facebook

Sumber: Dhevie Quratula’yun, Kompas.com

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.