Siakap Keli
Gambar: Facebook

Boleh Buat Sendiri, Lelaki Kongsi ‘Step’ Cuci Bahagian Dalam Mesin Basuh Dari Mula Sampai Bersih

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesin basuh sentiasa menjadi alat penting yang membantu setiap orang untuk membasuh pakaian dengan lebih mudah dan cepat.

Mungkin ada yang membasuh pakaian sebanyak dua kali semingggu dan ada juga yang membasuh setiap hari.

Pun begitu, pernahkah anda terfikir mengenai segala kekotoran yang wujud dalam mesin basuh tersebut akibat kerap kali digunakan.

Tidak perlu risau kerana ada cara untuk menghilangkan segala kekotoran tersebut. Menerusi perkongsian Mohd Anuar di Facebook, dia hanya mengambil masa selama 2 jam 30 minit sahaja untuk membersihkan mesin basuh tersebut.

Updated] Ok gaiss.

Hari ini demi mengisi masa lapaaangggg.

Kita cuci mesin basuh jom.
Masa diambil dlm 2jam 30 minit.
Tanpa henti dengan kelajuan rilek rilek saja.

Cara2 boleh tgok di gambar.

Model Toshiba AW-A750SM.

Pertamanya buka skru sisi (kiri 1x, kana 1x, blakang 2x) skru mata bunga. * lain mesin basuh lain skru kot/kedudukan kot.

Angkat kepala mesin basuh tu sandarkan pada dinding blakang (sebab ada wayar/getah bersambung dgn motor kat bawah mesin basuh.

** Outer drum tu kena cokeh juga, interlock plastik saja, baru boleh angkat inner drum keluar utk dicuci. Step ni lepas gambar kedua setel bukak.

Gambar: Mohd Anuar

Gambar baru: ni utk bahagian tengah skru yg perlu dibuka tu (abaikan kecantikan mesin basuh baru siap cuci sy. 😂).

cokeh jangan tak cokeh sini.

 

Gambar: Mohd Anuar
cokeh plastik tengah (lebih kurang besar 50sen lama), buka skru tengah tu,
Gambar: Mohd Anuar

Cokeh/cungkil penutup tgh (ni dah cokeh) buka skru mata leper, angkat kipas tu(pulsator, TQ bagi yg bagitau).

Gambar: Mohd Anuar
Lantai drum ni ada 4 bolt, nak buka aku pakai ratchet 10mm (spana idup susoh nok pulas sebab karak).
Gambar: Mohd Anuar

 

Gambar: Mohd Anuar

hati2 gaiss. karat terok ni (bagi model, usia lain2 mungkin lagi ok kot), kena pakai ratchet (bit bolt), Spanar idup mungkin haus kepala bolt tu.

Gambar: Mohd Anuar

Ratchet (Tq kepada yg betulkan), dipasang mata bolt 10mm, buka 4 bolt yg berkarat tu.

Gambar: Mohd Anuar
Nak senang kena bli satu set wrench ni (ratchet?). Skru bolt bit size semua ada. Kebiasaannya. 7-20 ringgit kedai diy.(kalau bukak)
Gambar: Mohd Anuar
Boleh dapatkan peralatan seperti dalam gambar DI SINI

Blakang kipas (nauzubillah) 5 tahun x cuci kot.

Gambar: Mohd Anuar
Astaghfirullah.. macam dalam longkang.
Gambar: Mohd Anuar

Inilah antara kompartmen yg perlu di cuci. Byk bahagian kecil2 yg kena buka satu2. Kebanyakkan ada interlock plastik. Cokeh2 cabut lah.

Pastu layan la korang semua cuci semua ni sampai bersih2.. lagu xpdc apa semua keluar time ni.

Gambar: Mohd Anuar
Ini setelah aku cuci drum yg mcm longkang tadi. Suci murni sesuci lebaran.
Gambar: Mohd Anuar
Bahagian yg sukar pakai berus gigi utk bersihkan. Byk brus gigi lama ade tu korbankan saja. Bli brus gigi baru.
Gambar: Mohd Anuar

Ni hasil setelah menjalani proses total lockdown penyucian. 

Gambar: Mohd Anuar
Macam baru bhai.
Gambar: Mohd Anuar

Dan step terakhir selepas dipasang. On kan suis, set kepada tub cleaning mod dan start bagi mesin basuh buat kerja cleaning, bilas bahagian yg kita x boleh buka dan buat.

Ok gais selamat mencuba.

Esok2 kita basuh menda lain pulak.. kalau ada lagi 👌🏻See more

Gambar: Mohd Anuar

 

Pertamanya buka skru sisi (kiri 1x, kana 1x, blakang 2x) skru mata bunga. * lain mesin basuh lain skru kot/kedudukan kot.

Angkat kepala mesin basuh tu sandarkan pada dinding blakang (sebab ada wayar/getah bersambung dgn motor kat bawah mesin basuh.

** Outer drum tu kena cokeh juga, interlock plastik saja, baru boleh angkat inner drum keluar utk dicuci. Step ni lepas gambar kedua setel bukak.

Gambar: Mohd Anuar

Sumber: Mohd Anuar

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa