Siakap Keli

Doktor Gigi Kongsi Apa Sebenarnya Tanda Hitam Pada Gusi Anak Yang Mak Ayah Kena Tahu

Pertumbuhan gigi merupakan perkara yang wajib dialami orang sesiapa sahaja sejak kecil lagi. Namun pengalaman yang dihadapi ada berbeza-beza. Ada pertumbuhan gigi yang lancar tetapi ada juga yang menghadapi masalah-masalah seperti gigi tumbuh lewat atau struktur gigi tidak normal dan sebagainya.
Walaupun setiap keadaan mungkin kerana adanya gangguan dan masalah dan memerlukan rujukan bersama doktor gigi, tetapi ada satu keadaan yang tidak perlu dirisaukan dan hanya biarkan sehingga dia pulih. Keadaan tersebut yang diberi nama ‘Eruption Cyst’ iaitu satu benjolan di gusi dan sering terjadi pada bayi dan kanak-kanak.
Ikuti  penerangan dari Dr Azilah Kasim seorang doktor gigi berkaitan benjolan digusi yang menjadi kerisauan ibu bapa.
Benjolan sakit pada bahagian gusi yang berwarna biru keunguan yang berbentuk oval. Kebiasaannya terjadi pada bayi dan kanak-kanak.
Keadaan ini dikenali sebagai ERUPTION CYST ATAU ERUPTION HEMATOMA. Bila disentuh terasa lembut.
______________________________________________
1. Adakah ia merbahaya?
Eruption hematoma tidak berbahaya.
2. Berapa lama ia berada dalam mulut?
Kebiasaannya ia muncul dalam tempoh 4 hari sebelum gigi tumbuh dan 3 hari setelah gigi tumbuh.
3. Apakah Rawatan?
Kebiasaannya tidak perlukan rawatan, ibubapa tolong jangan risau ya.. Ini akan hilang setelah gigi tumbuh dalam mulut.
Tetapi sekiranya sakit berpanjangan, mengganggu penampilan. Rawatan selanjutnya adalah perlu.
Kami doktor gigi akan memotong bahagian gusi tersebut untuk mendedahkan dan memberi laluan kepada gigi untuk tumbuh.
4. Apakah kesan lain?
Anak hilang selera makan dan tidak mahu menyusu. Sebaiknya ibubapa beri minuman susu dengan cara menghirup air atau meletakkan susu pada makanan bayi yang telah dihaluskan (puree).
Selesai.

Dr.

Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi 

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.