Siakap Keli
Kredit: Nor Athirah Adnan

Gelabah Adik Nak Bersalin Alami “Contractions” Dalam Kereta, Wanita Bersyukur Polis ‘Buka’ Jalan “Escort” Sampai Hospital

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bermacam kisah dan ragam terjadi bila ‘mak buyung’ nak bersalin. Ada yang tak sempat ke hospital dan terbersalin di rumah, ada yang di dalam kereta, malah ada yang melahirkan anak di sekolah.

Namun lain pula dengan kisah dikongsikan seorang wanita yang diiring sepasukan polis hingga ke hospital. Istimewa betul layanannya.

Kongsi Nor Athirah Adnan, dia sedang menghantar adiknya yang ingin melahirkan ke hospital. Gara-gara cemas dengan si adik yang mengalami kontraksi di dalam kereta, Athirah terus memecut laju hinggalah mereka bertembung sepasukan polis. Jom baca perkongsiannya.

Cerita semalam. Alhamdulillah selamat semuanya. Semalam sis nak hantar adik ke hospital. Tiap kali dia kontraksi dalam kereta sis gelabah la. Bawa la lelaju. Jalan dengan jem nya, sis buka double signal.

Bawa laju tersempak la dengan abang-abang polis. Sis potong diorang. Dengan ekzos sis menarik perhatian abang-abang PDRM ni. Berhenti satu lampu isyarat deme tanya kenapa, sis tunjuk mak buyung sebelah tengah menahan sakit.

Terus abang suruh jalan. Escort sampai jalan hospital. Lancar perjalann. Apa pun tak sempat ucap terima kasih. Siapa pun mereka, dimana beliau berada, moga sentiasa dipermudahkan segala urusan mereka. Terima kasih.

#pdrmgombak #pdrmrawang Terima kasih kepada tuan-tuan yang sangat prihatin membantu dan sangat terbantu. Yeayh ceq dapat anak buah lagiii.

Gambar: Nor Athirah Adnan
Gambar: Nor Athirah Adnan
Gambar: Nor Athirah Adnan

Sumber: Nor Athirah Adnan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.