Siakap Keli

Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Kepulauan Fiji, Gegaran Cecah 6.0 Skala Richter

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 skala Richter dilaporkan melanda Selatan Kepulauan Fiji pada pukul 5.31 petang (waktu Malaysia) pada 3 Jun 2020.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 912km Tenggara Laucala, Fiji dengan kedalam 116km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)