Siakap Keli

Hilang 24kg Dalam 4 Bulan, Pemuda Kongsi Konsisten Amal Diet & Buat 5 Cabaran Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan, mungkin ada satu masa ketika berat badan anda tidak berkurang. Mungkin ada yang rasa ingin berputus asa, tetapi jangan risau, ia sebahagian proses normal dalam perjuangan kalian.

Baru-baru ini, seorang pemuda, Lutfi Syafiq berkongsi tips diet digunakannya untuk menurunkan berat badan sebanyak 24.5 kg dalam masa empat bulan sahaja.

Ujar Lutfi, berat asalnya berjaya dikurangkan dari 110.5 kilogram pada September 2019 kepada 86 kilogram, salah satunya adalah dengan mengelakkan makanan manis sepanjang tempoh tersebut.

Untuk perkongsian lebih lanjut, jom baca perkongsiannya di Group Diet Suku-suku Separuh (DSSS).

Assalamualaikum rakanĀ² #DSSS

Post kedua saya. Gambar perbandingan sebelum dan selepas diet. Tengok gambar kiri leher pun tak jumpa cari. Tak tau macam mana boleh selesa macam tu sebelum ni.

Saya mula diet 1 September 2019. Dalam 4 bulan berjaya kurang berat kepada 86 kg. Semasa puasa baru-baru ni berat kurang lagi sehingga 82kg. Alhamdulillah. Maintain suku-suku separuh ya semua. Banyak kalori dapat kita jimatkan.

Kena ingat

Kita akan sampai fasa berat badan plateu atau berat statik tak turun turun walaupun berdiet. Masa ni semangat kena kuat. Jangan putus harapan. Teruskan berdiet seperti biasa dan tambah juga senaman yang ringan-ringan. Lepas tu berat akan turun semula.

Saya berat statik 94 kg dalam 1 bulan. Tapi teruskan juga diet dan lepas tu turun sampai bawah 90 kg.

Nak diet jangan makan terlalu sedikit, nanti kempunan. Bila dah kempunan mula lah give up. Makan banyak semula lepas tu rosak diet. Jangan macam tu. Rugi. Yoyo nanti.

Makan tiap waktu makan utama (sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam). Kalau dapat makan tepat pada masanya lagi bagus untuk mengelakkan kita berlapar dan mula kempunan macam-macam.

Kawan-kawan yang baru mula berjinak-jinak nak kurangkan berat badan, boleh perlahan-lahan kurangkan atau jangan ambil gula. Minum air kosong sahaja. Makan suku-suku separuh. InsyaAllah dalam masa satu bulan pertama dah dapat nampak perubahan ketara pada badan kita. Ringan jaa rasa.

Tambahnya kepada Siakap Keli, saudara Lutfi turut membuat cabaran tiga bulan seperti berikut;

  1. Cabaran 30 hari tanpa gula
  2. Cabaran 20 hari makan tepat masa
  3. Cabaran 15 hari elak makanan segera
  4. Cabaran 15 hari suku-suku separuh
  5. Cabaran 10 hari elak makanan berlemak

Jadi, teruskan usaha walaupun berat badan anda statik. Berat badan ideal sedang menanti anda beberapa bulan lagi. Semoga berjaya!

Sumber: Lutfi Syafiq

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.