BAKU, 2 Jun — Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Uzbekistan pada Selasa meningkat sebanyak 56 menjadi 3,662, lapor Agensi Berita Trend memetik Kementerian Kesihatan.
Sehingga kini seramai 2,859 pesakit sembuh manakala 15 lagi meninggal dunia.
Sebagai langkah pencegahan Uzbekistan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu zon “merah”, “kuning” dan “hijau”.
Tempoh kuarantin juga dilanjutkan sehingga 15 Jun 2020. Namun, terdapat beberapa larangan untuk aktiviti tertentu dilonggarkan sejak 15 Mei.
Kes pertama COVID-19 di Uzbekistan dilaporkan pada 15 Mac membabitkan seorang wanita yang baru kembali dari Perancis. Kementerian Kesihatan kemudian mengumumkan anak lelaki, anak perempuan, suami dan cucunya juga dijangkiti virus yang sama.
Sumber: Bernama