Siakap Keli

Masih Tiada Lagi Perbincangan PKPB Dilanjutkan Atau Tidak Setakat Ini – Ismail Sabri

Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan belum lagi memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Kita semua sedia maklum bahawa PKPB bakal berkahir tidak lama lagi iaitu pada 9 Jun 2020 pada hari Selasa.

Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kanan Keselaamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media harian mengenai PKPB pada tengah hari tadi.

“Seeprti biasa, setiap kali sambung PKPB, kita akan membuat pengumuman. Setakat hari ini, kita belum tahu lagi kerana ada perbincangan sama ada sambung atau tidak.”(Rujuk video pada minit 15.55)

 

Sumber: KKM, MINDEF

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang