Siakap Keli

‘Pembantu Rumah’ Bawah Umur Disiksa Dan Terbunuh Lepas Tak Sengaja Biarkan Burung Peliharaan Terlepas

Sepasang suami isteri telah di tangkap kerana disyakki telah menyiksa dan membunuh seorang pembantu rumahnya yang berusia 8 tahun hanya kerana membiarkan burung kakak tua yang mahal bebas, lapor Independent.

Dalam nada yang marah, lelaki itu mengaku bahawa dia dan isterinya telah memukul kanak-kanak itu yang berkerja sebagai pembantu rumah di Kota Rawalpindi.

Pada awalnya, pembantu rumah kanak-kanak itu sedang melakukan pembersihan kandang dan dia dengan secara tidak sengaja membiarkan 2 ekor burung kakak tua berkenaan bebas. Setelah mengetahuinya, lelaki itu dan isterinya sangat marah dan memukulnya dengan kejam.

Pembantu kanak-kanak malang itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital swasta di bandar Rawalpindi. Dia di masukkan ke dalam wad ICU. Namun, telah di sahkan meninggal pada keesokkan harinya.

Menurut laporan polis, lelaki berkenaan yang telah membawa pembantu rumahnya itu ke hopital. Kemudian menghilangkan diri sebelum dia telah di tangkap bersama isterinya.

Pihak perubatan hospital mengatakan pembantu itu mempunyai tanda-tanda penyiksaan di bahagian pipi, tulang rusuk dan paha dan dia mempunyai tanda-tanda kecederaan yang menunjukkan mungkin berlaku pemerkosaan. Polis masih menunggu laporan selanjutnya.

Pembantu kanak-kanak itu berasal dari Muzaffargarh, sebuah kota Punjabi dan dia telah bekerja dengan pasangan itu kerana mereka adalah bapa dan ibu saudaranya. Pasangan suami isteri itu telah berjanji untuk memberikan pendidikan dan gaji kepada pembantu itu sekiranya dia berkhidmat untuk mereka. Namun, pasangan itu tidak memberikannya gaji dan pendidikan sama sekali.

Sumber: independent.co.uk

 

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa