Siakap Keli

Remaja Didakwa Buang Bayi Yang Baru Dilahirkanya Kerana Mahu Kahwini Lelaki Lain

Pontianak — Seorang remaja berusia 18 tahun sanggup membuang bayinya yang baru dilahirkan kerana ingin berkahwin dengan lelaki lain di Kalimantan Barat 24 Mei lepas.

Remaja tersebut didakwa sengaja melakukan perkara itu untuk menutupi rahsia kehamilannya yang disimpan selama ini.

Menurut laporan polis, bayi yang dibuang tersebut merupakan hasil jalinan hubungan dengan seorang lelaki sehingga remaja itu hamil 7 bulan.

Namun, hubungan mereka putus dan remaja tersebut berkenalan dengan lelaki lain 2 bulan kemudian.

Tanpa mengetahui remaja tersebut sedang mengandung, lelaki yang baru dikenalinya itu membawanya berkahwin.

Setelah upacara perkhwinan mereka, suaminya membawa kerumah pada 24 Mei. Namun, remaja tersebut telah melahirkan bayi berkenan pada hari yang sama di bilik mandi.

Bayi tersebut dilahirkan tidak cukup bulan itu dibuang di parit berdekatan rumah dan mengaangap tiada siapa yang tahu.

Namun, perbuatan remaja tersebut terungkap apabila orang kampung menjumpai mayat bati berkenaan.

Semasa dijumpai, terdapat luka dibahagian mulut bayi dan keadaanya tidak bertali pusat.

Polis sedang menyiasat kes dan telah menahan remaja tersebut pada Jumaat lalu setelah menerima laporan daripada orang kampung

Sumber: kompas.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.