Siakap Keli
Gambar: The Arab Weekly

Status Jemaah Haji Malaysia Akan Diumumkan Minggu Depan – Menteri Agama

Nasib jemaah haji yang bakal menunaikan ibadah haji untuk tahun ini akan dapat diketahui pada minggu hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya menyatakan bahawa satu mesyuarat bersama Tabung haji bagi membincangkan tentang status jemaah haji negara ini telah diadakan.

“Mesyuarat mengenai status jemaah haji telah diadakan baru-baru ini bersama dengan Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji Malaysia.

“Keputusan mesyuarat itu akan dibentangkan di kabinet sebelum ianya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong”, tulisnya.

Menurutnya, keputusan berkenaan perkara itu akan diumumkan pada minggu hadapan.

Terdahulu, negara berpenduduk Islam terbesar di dunia iaitu Indonesia telah memutuskan untuk membatalkan penghantaran jemaah hajinya tahun ini.

Keputusan tersebut terpaksa dilakukan berikutan wabak pandemik Covid-19 masih lagi mengancam penduduk di seluruh dunia termasuk Indonesia.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa