Siakap Keli
rusuhan George Floyd
Kredit: Ian Bremmer

(Video) ‘Pandemik’ Rasisme Lebih Ditakuti Dari COVID-19, Penunjuk Perasaan Berkumpul, Protes Kematian George Floyd Di Amsterdam

Rusuhan atas kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd yang maut dalam tahanan polis Amerika Syarikat pada 25 Mei lalu merebak ke luar negara.

Antara negara yang turut bangkit protes adalah Australia, Kanada, Jepun dan Belanda. Sebentar tadi, tular video memaparkan penunjuk perasaan berkumpul di Amsterdam, Belanda.

Biarpun berbeza negara dan terpisah beribu-ribu batu, kematian George membakar semangat penduduk dunia untuk bangkit menentang rasisme.

Di Australia, orang ramai dilaporkan berkumpul untuk membantah diskriminasi pihak polis terhadap golongan minoriti terutamanya komuniti Orang Asli.

Biarpun hanya mewakili dua peratus dari keseluruhan populasi Australia, First Nation People menjadi 27 peratus tahanan di penjara.

Tunjuk perasaan tercetus di sana beberapa jam selepas video tular menunjukkan remaja orang asli dipukul anggota polis di New South Wales (NSW).

Sumber: Ian Bremmer, Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.