Siakap Keli

Wanita Di Thailand Terkejut, Isi Telur Ayam Direbusnya ‘Bertukar’ Jadi Seperti Cacing Panjang

Rangsiya Sara-uppatham, 34 tahun, seorang wanita yang juga penduduk di Chonburi Thailand, Rangsiya Sara, berkongsi gambar telur yang dibelinya di sebuah pasar raya bertukar menjadi sesuatu yang mengelikan setelah direbus.

Apabila dikupas kulit telur tersebut isinya kelihatan seperti cacing panjang.

Oleh kerana bimbang situasi ini menjejaskan kesihatan, pihakpasar raya dan Jabatan Kawalan Penyakit telah mengambil sampel telur berkenaan untuk tujuan ujian makmal.

Menurut Dr Taweesak Songserm dari Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Kasetsart, cacing tidak akan dapat masuk ke dalam telur kerana kulitnya yang keras.

Tambahnya, perubahan tekstur tersebut adalah disebabkan kuantiti bakteria yang tinggi sehingga mengubah sifat telur yang sebenar sehingga terbentuk seperti cacing.

Keadaan telur tersebut yang telah bertukar seperti cacing bukanlah parasit yang masuk ke dalam telur tetapi ia merupakan tisu telur yang telah dirosakkan oleh bakteria.

Sumber: Nation Thailand

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.