Siakap Keli

Apa Perbezaan Sushi & Kimbap? Mari Ketahui Susur Galur Sejarah Kedua-Dua Makanan Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anda penggemar makanan Jepun dan Korea?

Jika minat, sejauh manakah pengetahuan anda tentang makanan identiti kedua-dua negara tersebut?

Umum mengetahui, Jepun sangat terkenal dengan menu sushi, iaitu sejenis makanan yang mempunyai kandungan nasi, isi makanan laut seperti ikan, sotong dan sebagainya serta dibalut dengan rumpai laut.

Manakala Korea pula, rata-rata rakyat Malaysia amat sinonim dengan makanan negara tersebut seperti kimbap, mi pedas Ramen dan sebagainya.

Menyentuh tentang kimbap dan sushi, kedua-duanya mungkin nampak sama tapi sebenarnya kalau anda nak tahu, ia berbeza.

Seorang pengguna Twitter, Erena Takeuchi baru-baru ini berkongsi satu fakta mengenai perbezaan antara makanan Korea, kimbab dengan makanan Jepun, sushi.

Mari kita baca penjelasan ini.

PERBEZAAN KIMBAP DAN SUSHI

Kimbap sering kali dibandingkan dengan sushi, tetapi apakah perbezaan utama keduanya selain daripada kimbap berasal dari Korea dan sushi berasal dari Jepun?

Gambar: Twitter

Seni membuat sushi memang berasal dari Jepun, namun pada asalnya ia berasal dari mereka yang tinggal di pinggir Sungai Mekong, terutamanya di Vietnam dan Kemboja.

Ketika Dinasti Han menawan Vietnam yang ketika itu Namyue pada abad pertama Sebelum Masehi, makanan ini dibawa ke China.

Ketika ini Jepun baru sahaja melalui zaman Gangsanya yang sendiri (walaupun di benua lain agak awal berbanding mereka, kerana mereka tinggal di kepulauan), dipanggil zaman Yayoi (Yayoi jidai, 弥生じだい).

Jepun agak ketinggalan dari segi kemajuan pada awalnya.

Dalam fasa Jidai ini, mereka mula belajar untuk menanam padi, kerana sebelum ini mereka tidak pandai bertani.

Manusia lain pandai bertani 12,000 tahun, Jepun baru pandai bertani 2,100 tahun lalu.

(kerana itu saya kagum dengan Jepun sebab bangsa mereka maju sekarang).

Pertanian Jepun pada masa dahulu. Gambar: Twitter
Pertanian Jepun pada masa sekarang. Gambar: Twitter

Pada era Dinasti Han, China pada masa ini dianggap sebagai pusat ketamadunan manusia paling besar. Jadi orang dari Jepun ini mula belajar budaya orang China, termasuklah makanan dari jajahan Namyue ini.

Mereka gunakan rumpai laut yang tumbuh meliar di persekitaran mereka kemudian mereka balut dan jadi sushi.

Di China ia dipanggil sa (鮓), dan di Jepun dipanggil namanari (なまなり).

Ia kemudian dipanggil haya-zushi di Edo (早ずし) dan lama kelamaan orang pun panggil sushi sahaja.

Gambar: Twitter

Sementara sushi menggunakan nasi yang dicampur cuka dan ikan mentah, orang di Korea membuat kimbap dengan nasi yang dicampur dengan minyak bijan, daging (lembu/sapi, atau babi) dan sayur jeruk.

Kimbap datang ketika era Baekje iaitu pada abad pertama (100AD).

Gambar: Twitter

Sayur jeruk yang digunakan oleh orang Korea untuk membuat kimbap ialah kimchi (kobis), damuji (lobak putih) dan kaenip.

Seperti Jepun, orang Korea juga banyak mempelajari dari Dinasti Han dalam pertanian dan masakan. Mereka terpengaruh dengan kepelbagaian makanan di China.

Gambar: Twitter

 

Sumber: @ErenaTakeuchi

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.