Siakap Keli

Gara-Gara Tak Suka Nama Panggilan Yang Diberi, Seorang Budak Kena ‘Banned’ Dari Melawat Neneknya

Seorang ibu telah menyerang keluarga suaminya kerana melarang anak perempuan mereka yang berusia lima tahun berkunjung untuk bertemu dengannya kerana kanak-kanak itu memberitahu mereka bahawa dia tidak menyukai nama panggilan yang mereka berikan.

Sejak anaknya dilahirkan, ibu mertuanya memanggil anaknya dengan panggilan ‘Letter’ kerana akhir namanya. Baru-baru ini anak perempuannya bertanya “Mengapa nenek memanggilnya begitu?”

Ketika dia cuba untuk menjelaskan kepada anaknya berkenaan nama panggilannya, anak itu mengatakan itu aneh dan dia tidak suka dengan panggilan yang diberikan. Jadi dia meminta agar anaknya bercakap dengan sopan kepada ibu mertuanya untuk tidak memanggil  dengan panggilan itu dan mengantikan dengan namanya.

Kemudian, suaminya telah membawa anak mereka untuk berjumpa keluarganya pada petang itu. Tetapi, setelah itu dia mendapat panggilan telefon dari ibu mertuanya yang sedang marah, wanita itu mengatakan bahawa sangat kurang ajar bagi anak kecil untuk berkata yang dia tidak menyukai nama panggilannya.

Ibu mertuanya juga berkata bahawa anaknya tidak akan dibenarkan untuk datang ke rumahnya sehingga anaknya meminta maaf dan mengatakan bahawa anaknya menyukai panggilan tersebut. Dia sebagai seorang ibu berasa sangat kecewa kerana anaknya dilarang untuk bertemu dengan ibu mertuanya hanya kerana tidak menyukai panggilan yang digunakan.

Sumber: www.mirror.co.uk

 

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.