Siakap Keli

“Kes Satu Dalam Sejuta,” Wanita Terjerlus Dalam Lubang Tandas Hingga Ke Paras Dada

Nasib malang menimpa seorang wanita warga emas semalam apabila mengalami kecederaan setelah terjerlus ke dalam lubang tandas.

Lebih mengejutkan, mangsa berbangsa Cina berusia 50 tahun itu didapati tersepit ke dalam sehingga ke paras dada sehingga memaksa bomba memecahkan mangkuk tandas bagi menyelamatkannya.

Ikuti laporan penuh seperti di bawah oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi akaun Facebook Balai Bomba Bkl.

Khidmat khas mangsa terperangkap

Terima Panggilan : 08:53:52

Tindakan : Pasukan Bravo

Jentera M101 dipandu PBK 8076 diketuai PBK 7971 bersama PB 15082, 19683 dan 19810. Jentera Emrs M203 dipandu PBK 7921 bersama PB 12328 keluar ke lokasi tersepit.

Didapati benar mangsa perempuan cina 50-an terjerlus ke lubang tandas sehingga ke paras dada.

Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan alat pemecah paratech dan rambar, seterusnya menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan.

Kes satu dalam sejuta

Menurut Balai Bomba Bkl, kes tersebut disifatkan sebagai satu dalam sejuta kerana kebiasaanya tragedi yang pernah dikongsikan sebelum ini mangsa hanya terjerlus di bahagian kaki.

Sudah suratan

Tahniah anggota bomba

Sumber: Balai Bomba Bkl

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)