Siakap Keli
uncle kentang Islam
Gambar: Kuan Chee Heng

Kisah Uncle Kentang Hanya Minta ‘Bayaran’ Dua Helai Daun Getah Dari Waris Untuk Khidmat Van Jenazahnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa tak kenal Uncle Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang. Susuk dermawan yang merupakan anak penoreh getah ini terkenal dengan kebaikan hatinya membantu orang lain walaupun berbeza agama.

Malah, beliau turut menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma untuk kegunaan umat Islam yang tidak mampu menanggung kos pengangkutan jenazah.

Kebaikan hatinya tak dapat disangkal lagi. Apakah yang menjadi pendorong Uncle Kentang untuk berbuat demikian?

Seorang insan bertuah sempat bertemu empat mata dengan beliau dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai prinsip hidup Uncle Kentang. Berikut adalah perkongsian saudara Bahruddin Bekri setelah dua jam duduk semeja dengannya.

Miliki empat telefon bimbit, tak bertangguh menjawab

Kata Bahruddin, Uncle Kentang mempunyai empat buah telefon bimbit yang kerap menerima panggilan. Beliau juga tidak bertangguh menjawab panggilan dari mereka yang memerlukan bantuan.

“Kalau kita mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita.”

“Bayar saya guna dua helai daun getah”

Tambahnya, ketika ditanya waris si mati mengenai bayaran van jenazah, uncle hanya ‘meminta’ dua helai daun getah sebagai upah.

Jumpa surat pajak gadai di poket jenazah

Lebih menyedihkan, uncle pernah terjumpa beberapa keping surat pajak gadai dalam poket jenazah.

Kalau tak bersedekah sehari, rugi sehari dalam hidup kita

Kata Bahruddin, Uncle Kentang mengaku sentiasa merasa cukup dengan bersedekah. Malah, selama 33 tahun membantu orang lain, beliau tak pernah rasa ada yang berkurang.

Dendam, siapa musuh terakhir kita di dalam kubur?

Dengan penuh hikmah, uncle menjawab soalan “adakah dia pernah berdendam” dengan soalan yang menjentik akal. Katanya, kita adalah ‘musuh’ terakhir diri sendiri.

Betapa mulianya hati seorang Uncle Kentang. Semoga Tuhan memudahkan hidup uncle dan memberi kebahagiaan serta kecukupan kepada semua yang suka memberi. Moga prinsip hidup beliau dapat menjadi inspirasi kepada kita semua.

Sumber: Bahruddin Bekri

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.